Assalamualaikum kepada semua pembaca.lagi beberapa hari kita akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.Oleh iu, jom kita bicara sedikit berkenaan dengan masjid.
Masjid telah begitu sinonim kepada umat Islam sebagai pusat ibadah selain untuk tujuan solat. Masjid kini telah digunakan sebagai tempat menuntut dan menyebarkan ilmu, pengajian al-Qurandan sebuah tempat yang menjanjikan ketenangan kepada para pengunjung.
Oleh demikian, pastinya kita perlu mengetahui adab berkenaan masjid apabila kita hendak mengunjungi masjid.
Antara adab berkenaan masjid adalah
- Ikhlas kerana Allah
- Menuju ke masjid dengan sopan dan tenang
Pastikan tiada gelak ketawa dan tidak tergopoh-gapah - Menjaga pakaian dan perhiasan
- Mempraktikkan adab-adab berada di dalam masjid
- Tidak membuat perkara yang sia-sia
- Tidak menjadikan masjid sebagai tempat lalu-lalang
- Menanam rasa cinta terhadap masjid
- Mengubah tempat jika mengantuk
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang daripada kalian mengantuk ketika berada di dalam masjid, hendaklah dia berpindah dari tempat duduknya ke tempat lain.” (Riwayat Abu Daud) - Memelihara kebersihan masjid
Itulah antara adab berkenaan masjid yang dapat dicoretkan pada kali ini. Semoga maklumat ini berguna untuk kita semua, Insya-Allah
Sumber: Majalah SOLUSI

No comments:
Post a Comment