Sunday, 15 July 2012

petua awet muda

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

3. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

4. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

5. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

6. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

7. Lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

8. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

9. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

10. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

11. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

12. Amalkan solat tahajud.

13. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

14. Maafkan semua orang sebelum tidur

peringatan untuk semua


muslim footbal player


sukar untuk kita lihat di kaca TV 
khas buat untuk semua

keistimewaan wudhu!

‎~ Pramugari Bahas Ulama ~

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

"Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki," kata pramugari dengan suara sedikit dikeraskan.

"Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?" tanya ulama dengan suara lembut dan penuh rendah diri.

Masih dengan sifat angkuh pramugari itu berkata, "kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari."

"Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari," kata ulama dengan bersahaja.

wordless


anda faham apa maksudnya???

terbaik lah!!!




Melissa Brandts dan suaminya Jackson, dari Minneapolis, Minnesota, menetapkan waktu pada kamera untuk sebuah jepretan romantis berdua dengan latar belakang tasik. Selagi menunggu saat-saat kamera secara automatik terklik mereka berdua, tiba-tiba seekor tupai nakal bergaya di depan kamera. Dan ... klik! "Tupai itu bergaya dengan manisnya di depan pasangan ini.

Mrs Brandts berkata: "Kami telah menyiapkan kamera di batuan dan semasa bersedia untuk mengambil gambar, tiba-tiba ada tupai yang tertarik muncul dari dalam tanah dan semakin hairan dengan suara fokus lensa kamera yang berputar."

Gambar diambil dengan latar belakang Tasik Minnewanka di Taman Negara Banff, Kanada. Kelihatan model yang berbulu dengan hidung hitam menonjol berdiri dan kini telah menjadi bintang antarabangsa.

Ini kerana, wajah tupai itu terpampang di laman web National Geographic dalam saluran galeri Gambar "Your Shot". Tak lupa, ada keterangan tentang gambar tersebut. "Ini adalah moment yang hanya sekali dalam seumur hidup. Ketika itu kami pun mentertawakan, makhluk kecil itu."


 CrEdIt To http://tabekpuang.blogspot.com/
also cReDiT tO http://www.kopipesz.com/

Ramadhan al-Mubarak


fakta


Saturday, 14 July 2012




‎15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- Pintu marah
- Cinta dunia
- Keengganan menghadiri majlis ilmu
- Panjang angan-angan
- Rakus
- Bakhil
- Suka pada pujian
- Riak
- Uujub (merasa kagum)
- Takut dan gelisah
- Buruk sangka
- Memandang rendah pada orang lain
- Merasa suka pada dosa
- Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- Putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surh Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
- Panghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.




1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

peringatan untuk kaum adam juga


salam sahabat ku sekalian
baik yang bujang,suami orang duda ke apa ke
jangan jadi 
PLAYBOY
TAPI JADILAH 

PRAYBOY

'SOLAT ITU TIANG AGAMA"








RAHSIA YANG MESTI ANDA TAHU.



SIAPAKAH SEBENARNYA : MUSTAPHA KAMAL ATTATURK !!!

Lepas BACA tolong SHARE , ramai lagi yang belum mengetahui perkara ini.

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk
(bekas PM Turki) :-

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Khas untuk kaun hawa








Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
syukurilah nikmat itu,jangan kita lalai,

Saturday, 7 July 2012

info menarik!!!!


Januari 
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja


Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada
luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati
pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.


Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai  memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

Adab Ketika DI Masjid


Assalamualaikum kepada semua pembaca.lagi beberapa hari kita akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.Oleh iu, jom kita bicara sedikit berkenaan dengan masjid.
Masjid telah begitu sinonim kepada umat Islam sebagai pusat ibadah selain untuk tujuan solat. Masjid kini telah digunakan sebagai tempat menuntut dan menyebarkan ilmu, pengajian al-Qurandan sebuah tempat yang menjanjikan ketenangan kepada para pengunjung.
Oleh demikian, pastinya kita perlu mengetahui adab berkenaan masjid apabila kita hendak mengunjungi masjid.

Antara adab berkenaan masjid adalah

  • Ikhlas kerana Allah
  • Menuju ke masjid dengan sopan dan tenang
    Pastikan tiada gelak ketawa dan tidak tergopoh-gapah
  • Menjaga pakaian dan perhiasan
  • Mempraktikkan adab-adab berada di dalam masjid
  • Tidak membuat perkara yang sia-sia
  • Tidak menjadikan masjid sebagai tempat lalu-lalang
  • Menanam rasa cinta terhadap masjid
  • Mengubah tempat jika mengantuk
    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang daripada kalian mengantuk ketika berada di dalam masjid, hendaklah dia berpindah dari tempat duduknya ke tempat lain.” (Riwayat Abu Daud)
  • Memelihara kebersihan masjid
Itulah antara adab berkenaan masjid yang dapat dicoretkan pada kali ini. Semoga maklumat ini berguna untuk kita semua, Insya-Allah
Sumber: Majalah SOLUSI


95 facts about men


  1. Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
  2. Lelaki benci kekasih di'ngurat'
  3. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
  4. Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
  5. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
  6. Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
  7. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  8. Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
  9. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
  10. Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.

Petua Rasulullah

Petua Rasulullah saaw buat yang menghidap penyakit kronik..


Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.
by Ustaz Zahazan Mohamed