Saturday, 12 May 2012

(50 Fakta) Tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Semoga artikel ni memberi manfaat untuk kita semua agar lebih bermotivasi untuk berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. InsyaAllah..

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

Diet Rasulullah


cReDiT to :Mediktv

Kesiannya bila jadi lelaki tak hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...


kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...


kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...


kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...


kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....


kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?






Petua Tercekik Tulang Ikan



Aku datang dari keluarga yg besar... 16 adik beradik, bila sesekali 
berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku 
bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"... maka adalah yg tak kena sana sini...

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi...

(rujuk ustaz)lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer..."
"tak baik lutut tinggi pada makanan..."
"ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen... aku pun 
basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: 

sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua²
tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang 
mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang - 
Hutang kereta/rumah/ kahwin/study/ along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir... ada baiknya juga Nabi tak makan pakai 
sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa?

stainless steel ke inconnel 601?

nak pakai colour camne?

matelic ke cooper? kan susah tu!!!

tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja... bentuk bulat ke 
bentuk heksagon? oktagon? nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat 
ansuran mudah! jimat ! hanya RM1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai 
perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!!

Biasa korang belajar doa makan macam nie: "Allahummabariklana (hingga
akhir) tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: "Bismillah, barkatillah" Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada 
pulak suara² yg sound: 


"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?"
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok² habis nasi satu 
pinggan!!!"

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain 
makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar 
quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar 
jariku dari 3 kepada 5... oh... tepuk dada tanya iman...

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

Diorang tegur: "issh... pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!" (tapi aku 
kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) 

"Nie, apahal jilat253 jari nie? lucah betul!!" tanya diorang pada aku... 


"Makan ayam sedap sampai ke kaki... makan sate sedap sampai ke lidi he he he" kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan... err maksud aku cara Nabi 
makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya:

"Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?" Abang aku kata: "sebab tengkuk lembu berat... bla bla bla..." Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!! (tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari² makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang. Hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah"

Tiba² mak aku tercekik tulang ikan...

(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang).



Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya... kesian mak aku... "Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne? Cakap terer..." kata abang aku. Aku kata: "Senang sajer... Mak angkat kedua-dua tangan ke atas..."



Mak aku pun buat... tapi masih tak jadi...

Aku kata: "Lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan 
seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa² nasi, manakala di 
lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas...) 



Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA... (semua org ketawa) -

nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa... sehingga tulang yg tercekik itu 
terkeluar... semuanya dari Allah!!!

He he he... selamat mencuba, ni bukan hadith, just pengalaman.