Thursday, 12 April 2012

SiApAkAh AkU??????


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya dapat saya siapkan sebuah blog ini yang telah diarahkan oleh pensyarah EPPD1063 iaitu Puan Norazila bte Mat.Sebagaimana tugasan yang pertama adala pengenalan diri sebajuk tajuk entri yang pertama bagi blog ini
Ok sahabat-sahabat ku  yang belajar bersama di kelas EPPD1063 @ BBAE-KL,dilahirkan di kuala lumpur tetapi menetap di Selangor,Muhammad Zulfadzly Ismail nama adalah nama yang diberikan oleh kedua ibubapa saya.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah kebangsaan Taman Dato Harun (2) Petaling Jaya Selangor sehingga ke darjah 6.
Menyambung pelajaran di peringkat menengah di Melaka iaitu di Sekolah Menengah Agama Darul Falah @ Sekolah Menengah (arab) JAIM Darul Falah bermula pada peringkat PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR),SIJIL MENENGAH AGAMA(SMA) DAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM).Disana saya bersekolah asrama dan mempelajari dua bidang iaitu akademik dan agama.mungkin ada yang beranggapan bidang agama adalah sama seperti yang dipelajari di sekolah menengah yang lain tetapi sebenarnya tidak kerana buku@kitab yang digunakan untuk pembelajaran agama adalah di ambil modulnya dari Mesir@Egypt
Selepas tamat sekolah menengah saya menyambung pelajara di peringkat diploma pula…Banyak juga tawaran yang saya terima akhirnya selepas keputusan permohonan UPU dikeluarkan dan saya tiada dalam senarai keputusan tersebut maka hanya dua pilihan di tangan iaitu untuk memilih melanjutkan pelajaran di peringkat diploma sama ada di Universiti Industri Selangor(UNISEL) atau Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM).Selepas berbincang dan bertanyakan pendapat ibubapa,adik beradik serta rakan-rakan maka saya memilih Kolej Universiti Islam Melaka sebagai destinasi pilihan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma..mula-mula culture shock juga,kerana dulu ambil bidang agama…alih2 belajar business IT…tapi lama kelama boleh jugak saya atasi masalah itu
3tahun di Kolej Universiti Islam Melaka kemudian selepas bergraduat saya bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di Dominos Pizza…kemudian dapat tawaran kerja di Delicious Ingredients Jalan Tun Razak..yang terkini saya berkerja sebagai kerani akaun di Damansara Entertainment Centre Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai pusat membeli belah e@Curve...kalau tak tahu lagu di mutiara Damansara berhampiran The curve,Ikano Shopping Centre atau Ikea
Hampir setahun bekerja disini,kemudian menyambung pelajaran peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dengan mengikuti pengajian eksekutif di Kuala Lumpur sehingga kini..berkenalan dengan ramai kawan baru yang rata-rata sudah berkeluarga ini membuat kan class BBAE-KL 2011/2012 Kuala Lumpur ini sangat istimewa
Melalui entri ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada En.Khirzam bin Abdul Rahman a.k.a Chief eizam yang merangkap ketua kelas BBAE-KL 11/12 yang banyak membantu rakan-rakan lain di dalam class BBAE-KL 11/2
Tidak lupa pensyarah EPPD1063 iaitu Puan Norazila bte Mat yang banyak beri tunjuk ajar kepada kami sekelas